PERMOTORAN
Hakim Danish teruskan kejagoan di Litar Mandalika
Pelumba prospek negara, Hakim Danish Ramli, terus membuktikan kredibilitinya selepas mendominasi perlumbaan kedua Asia Talent Cup dalam Grand Prix (GP) Indonesia.
Ia merupakan kemenangan kedua-berturut-turutnya di Litar Mandalika selepas turut muncul juara dalam perlumbaan pertama semalam.
Meskipun ketinggalan di pertengahan perlumbaan, prospek kelahiran Terengganu itu bijak mengawal tekanan sebelum mengatasi pencabar dari Jepun, Shinya Ezawa, apabila mengakhiri perlumbaan dengan catatan masa 28 minit 06.916 saat.
Iklan
Dengan dua kemenangan itu, Hakim Danish kini memimpin kedudukan keseluruhan perlumba dengan 72 mata diikuti rapat Ezawa di kedudukan kedua!
Top 3 in FP's & QF ✅Win Race 1 & 2 ✅ #IATC Leader ✅?️ Hakim Danish ?? what else? ? ? #RoadToMotoGP? pic.twitter.com/vZCNf6cM1n— Asia Talent Cup (@AsiaTalentCup) March 20, 2022
Dalam saingan MotoGP yang tertangguh sejam akibat hujan lebat itu, Miguel Oliveira daripada pasukan Red Bull KTM meraih kejuaraan GP Indonesia yang merupakan kemenangan pertamanya sejak GP Catalan 2021.
Juara bertahan, Fabio Quartararo, daripada pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP pula menduduki tempat kedua apabila mengatasi rakan senegara, Johan Zarco.
Must-Watch Video