Skip to main content

Permotoran

Hafizh Syahrin bakal bertemu TMJ Rabu depan

hafizh-syahrin.jpg
Perjumpaan di antara Hafizh Syahrin dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkemungkinan akan diadakan Rabu depan sebelum pengumuman rasmi dibuat pada Jumaat.

Perjumpaan tersebut bagi membincangkan nama pasukan, jentera yang akan digunakan dan pelbagai perincian lain sebelum mulakan persiapan menjelang Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim depan.

"Selama lima tahun, saya bergelut untuk mendapatkan jentera terbaik ketika dalam saingan MotoGP, ketika dalam saingan WSBK, ia turut sama," kata Hafizh menerusi Nadi Arena.

"Saya tidak akan mensia-siakan peluang beraksi bersama pasukan JDT, saya akan menghadirkan aksi terbaik sementara penampilan kualiti dalam setiap perlumbaan."

Hafizh turut tidak ketinggalan memberi nasihat kepada pelumba yang bakal beraksi di Kejuaraan Petronas MotoGP Malaysia minggu ini.

Sementara itu, Adam Norrodin pula risau dengan jentera baru yang bakal digunakan dalam penampilan sulungnya di kelas superbike pada musim depan.

Susulan banyak maklumbalas negatif daripada pelumba-pelumba yang beraksi di kelas MotoGP.

Adam enggan meletakkan sebarang sasaran sebelum mencuba terlebih dahulu.

Khamis lalu, Adam sah naik pangkat dari kelas supersport bagi menggantikan Hafizh Syahrin dalam kelas utama di WSBK itu.

Advertisement

Must Watch Video