MOTOGP
Hafizh lanjutkan kontrak bersama Tech3
Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah, sah akan kekal bersama pasukan Tech3 sehingga musim 2019.
Ini kerana Hafizh dianggap telah menampilkan aksi hebat dan menjadi antara rookie terbaik dalam MotoGP musim ini.
Musim pertama Hafizh dalam MotoGP menyaksikan pelumba negara itu berjaya meraih mata, sekali gus menampilkan potensi yang cerah dalam saingan peringkat tertinggi ini.
Iklan
Ini turut dilihat pasukan Tech3 yang ingin Hafizh berlumba dengan pasukan tersebut sehingga musim depan.
Pengurus pasukan Tech3, Herve Poncharal, berkata Hafizh sangat pantas di litar dan dalam perlumbaan pertamanya, dia berjaya mengutip mata dan mungkin akan dinamakan sebagai rookie terbaik tahunan selepas tamat musim ini.
"Mungkin sebelum ini orang kata peluang saya samar-samar dan tidak mampu membuat yang terbaik dalam MotoGP tetapi kali ini saya mampu berada dalam MotoGP untuk musim 2019.
"Saya akan melakukan yang terbaik untuk musim ini dan berusaha untuk berada di kedudukan terbaik. Saya akan membuat persediaan daripada segi mental dan fizikal untuk musim 2019.
"Terima kasih kepada pasukan kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya," kata Hafizh.
Must-Watch Video



.jpg?ext=.jpg)