Ratu karate negara, C Shahmalarani, kini berada sebaris dengan atlet terbaik dunia selepas menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik menerusi siri pertama Kejohanan K-One Premier League di Paris.
Pencapaian itu bukan hanya meningkatkan keyakinan dalam diri, malah Shahmalarani menjadi atlet sukan tempur yang semakin lengkap.
Ini kerana corak pertempuran wakil dari Eropah berbeza dengan wakil dari benua Asia Tenggara.
Selepas ini, pemenang pingat emas dalam Sukan SEA Vietnam itu bakal berlepas ke Kaherah, Mesir, minggu depan bagi melebarkan dominasi serta pengaruhnya dalam siri ketiga.
Mujur, Shahmalarani bijak dan pantas mengadaptasi tuntutan beraksi dalam kejohanan elit menerusi penglibatannya sebagai guru bagi pelajar sekolah menengah mahupun di peringkat universiti.
Menarik untuk dikongsikan, Shahmalarani berasakan menjadi seorang pendidik dan atlet memiliki persamaan.
"Ketika saya mengajar, sebenarnya lebih banyak yang saya belajar.
"Ketika menurunkan ilmu, saya lebih mendalami sesuatu konsep itu; apa yang perlu diubah-suai dan diperbaiki bagi menghadapi kejohanan di Kaherah.
"Fizikal bukan lagi perkara utama kerana setiap peserta sudah menjadi atlet handalan. Tetapi apa yang membezakan ialah kekuatan mentalit untuk menang.
"Tidak kira menang atau kalah, saya perlu terus merendah diri dan beranggapan cabaran seterusnya masih ada lagi," katanya.