Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

GP Malaysia: Khairul Hafiz tarik diri

khairul-hafiz-jantan.jpg
Impian menyaksikan pertembungan raja pecut Malaysia dan Indonesia dalam Grand Prix (GP) Malaysia minggu depan tidak kesampaian apabila ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas, mengesahkan Khairul Hafiz Jantan terpaksa menarik diri ekoran kecederaan.

Khairul Hafiz dinasihatkan berehat selama enam minggu susulan kecederaan betis yang dialami.

Ia menyaksikan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu terpaksa menarik diri untuk fokus terhadap rawatan, sekali gus terlepas pertembungan dengan juara remaja dunia, Lalu Mohamad Zohri, dari Indonesia.

"Persaingan memang cukup hebat jika melihat kepada senarai peserta dan mungkin berita baik buat peminat di sini apabila atlet berdarah kacukan Malaysia-Australia, Russel Alexander Nasir Taib, akan turut beraksi dalam kejohanan kali ini. Atlet lain seperti Aqil Yasmin turut ada," kata Zainal.

Selain Khairul Hafiz, Malaysia juga hilang khidmat Jonathan Nyepa dan pelari wanita, Zaidatul Husniah Zulkifli, yang sedang berlatih di Amerika Syarikat.

Ia meningkatkan cabaran untuk pelari lelaki negara dalam memastikan acara reben biru itu menjadi milik Malaysia.

"Menjelang saingan GP Malaysia, keyakinan saya memang berada di tahap tertinggi kerana saya rasa mampu mengatasi catatan peribadi terbaik, 10.43 saat," ujar seorang lagi pelari pecut negara, Nixon Kennedy.
 

Advertisement

Must Watch Video