Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Golf Terbuka Wanita AS: Minjee Lee dinobat juara dengan rekod pukulan terendah

minjee-lee.jpg
Minjee Lee mengesahkan kejohanan utama kedua dalam kariernya apabila memenangi Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) untuk mengatasi Mina Harigae dengan empat pukulan, awal pagi tadi.

Pemain berusia 26 tahun itu mencatat 71 par di Pine Needles ketika melebarkan kelebihan satu pukulan di depan Harigae menuju pusingan akhir.

Pemain yang melonjak ke tangga keempat dunia hujung minggu lalu itu bermula dengan cemerlang menerusi birdie di dua lubang pembukaan pusingan. 

Lee melakar jumlah markah terendah dalam saingan 72 lubang itu dengan 271 pukulan sekali gus melangkaui rekod 272 pukulan yang dibuat oleh Chun In-gee, Juli Inkster dan Annika Sorenstam.

Dia juga muncul warga Australia ketiga yang memenangi Terbuka Wanita AS selepas Jan Stephenson dan Karrie Webb yang turut mencipta sejarah di Pine Needles pada 2001.

   

Advertisement

Must Watch Video