Skip to main content

Berita Sukan Am

Pertukaran KP MSN-PJS perkukuhkan ekosistem sukan negara -- Dr Taufiq

ggg
Advertisement

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, memaklumkan pertukaran penempatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Arrifin Mohd Ghani, merupakan sebahagian daripada strategi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memperkukuhkan ekosistem sukan negara.

Ujar Taufiq, penstrukturan itu mengambil kira pengalaman serta kepakaran yang dimiliki kedua-dua individu berkenaan yang dilihat mampu memperkasakan peranan agensi masing-masing.

Advertisement

Dia turut menegaskan bahawa pertukaran itu bukanlah satu keputusan mengejut, sebaliknya telah melalui proses perbincangan bersama ahli lembaga pengarah MSN dan pengurusan tertinggi KBS.

Menerusi pertukaran yang berkuat kuasa hari ini, Arrifin dilantik sebagai ketua pengarah MSN, manakala Jefri mengambil alih tugas selaku PJS.

Advertisement

Arrifin menyifatkan pelantikannya sebagai ketua pengarah MSN sebagai amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul sebaik mungkin dalam usaha memastikan prestasi sukan negara berada do tahap terbaik.

Ujarnya yang juga bekas pemain hoki skuad kebangsaan itu, fokusnya kini adalah meneruskan momentum cemerlang Malaysia dalam Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2026, selain memastikan kontinjen negara mampu capai kejayaan dalam Sukan SEA Malaysia 2027 yang dijadualkan berlangsung September tahun depan.

"Baru-baru ini kami berjaya untuk meluluskan rang undang-undang pembangunan sukan pindaan 2026. Salah satu elemen pentingnya ialah memperkasakan peranan PJS itu sendiri.

"Ia bukan keputusan satu pihak atau individu, ia keputusan secara menyeluruh MSN dan KBS, kami mengambil kira pelbagai faktor.

"Pertukaran ini tidak mengurangkan sebarang tugasan, bahkan memberikan peranan baharu untuk kedua-dua individu ini.

"Kami ada strategi tersendiri yang perlu dibuat, begitu juga pentadbiran. Jadi ini sebahagian daripada strategi mengukuhkan ekosistem sukan negara," katanya.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video