Skip to main content

Sukan Lain

Golf Maybank 2024: Mirabel Ting pasang impian ke LA 2028

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mirabel-ting.jpg
Pemain golf amatur negara, Mirabel Ting, memasang impian beraksi di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028 selepas mempamerkan aksi memberangsangkan pada hari terakhir Kejohanan Golf Maybank 2024 di kedudukan ke-12. 

Biarpun mengakui emosinya sedikit terganggu kerana terkenang mendiang ayahnya, namun suntikan semangat penyokong tuan rumah meledakkan obor perjuangan bagi dirinya terutama di lubang ke-18.

Mirabel mencatat 70 pukulan, dua bawah par dengan empat birdie dan dua bogey, sekaligus menyaksikan dia menamatkan saingan setanding dengan juara edisi lalu, Celine Boutier. 

Rakan senegara, Ashley Lau, pula gagal mengekalkan prestasi meyakinkan pada sabtu dan terpaksa berpuas hati terikat di tempat ke 22, dengan catatan 71 pukulan, 1 di bawah par pada ahad, yang merangkumi tiga birdie dan dua bogey. 

Juara Kejohanan PGA Wanita 2023, Yin Ruoning, tampil dengan pukulan kemas pada hari terakhir saingan apabila cemerlang mencatat 65 pukulan, tujuh di bawah par dengan tujuh birdie -- sekaligus dinobat juara Kejohanan Golf Maybank LPGA 2024.

Dengan tiga kejuaraan berturut-turut tahun ini di Jelajah LPGA, Ruoning menyifatkan ketahanan mental yang kukuh sebagai kunci kejayaan yang  membawa kepada apa yang diraihnya sehingga kini. 
 

Advertisement

Must Watch Video