GOLF
Golf LPGA Maybank: Ng Jin Xuen teruja buat penampilan pertama
Penampilan pertama di pentas Jelajah LPGA menerusi Kejohanan Golf Maybank 2023 di Kuala Lumpur Golf & Country Club bermula esok memberikan keterujaan buat pemain amatur negara, Ng Jin Xuen.
Biarpun sedar akan berdepan pemain terbaik dunia dalam kejohanan berkenaan, ia tidak menghalang Jing Xuen untuk memasang angan-angan sendiri.
Dia mahu memastikan penampilan pertama itu bermula dengan langkah kanan tetapi sedar keadaan cuaca tidak menentu akan menjadi halangan pertama untuk diatasi.
Iklan
"Perkara paling penting adalah perasaan saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Benar ramai pemain bintang di sini dan melihat mereka sahaja sudah memberikan keterujaan.
"Tetapi anda perlu menenangkan diri anda sedikit kerana anda perlu berfikir bahawa anda boleh bersaing dengan mereka.
"Kerana anda sudah berusaha keras untuk mendapatkan peluang ini, jadi mengapa tidak untuk anda memperjuangkannya.
"Untuk keadaan cuaca, ia sesuatu yang normal. Jika dengan keadaan cuaca seperti ini, saya kira mereka akan menggunakan peraturan musim sejuk, jadi ia akan memberikan kelebihan buat kami," katanya.
Must-Watch Video