Penganjuran Kejohanan Golf The Ladies 2025 dari 12 hingga 15 Oktober depan merupakan mercu tanda baharu ekosistem sukan golf di Malaysia yang mengiktiraf bakat terbaik wanita negara.
Kejohanan The Ladies menghimpunkan 60 pemain wanita terbaik negara yang terdiri daripada 30 pemain profesional dan 30 pemain amatur dengan format pertandingan 54 lubang stroke play.
Edisi pertama Kejohanan Golf The Ladies menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 dengan hadiah utama RM17,500 akan dibawa pulang oleh sang juara.
Bahang kehangatan The Ladies semakin dirasai menerusi pelancaran trofi kejohanan yang mencerminkan simbol pengiktirafan tertinggi buat pemain wanita di Malaysia.
"Kalau kejohanan Masters (lelaki) untuk negara barat, The Ladies pula untuk Asia.
"Walaupun sasaran saya adalah 2030, tapi dalam lima tahun ini kami mahu mengangkat The Ladies sebagai kejohanan terbaik," kata Pengasas The Mines Resort & Golf Club, Tan Sri Lee Kim Yew.
Menurut bekas pemain negara, Lim Ai Lian: "Kejohanan ini memberi ruang buat pemain tempatan terlebih dahulu, jika tidak ia (akan didominasi) oleh pemain luar negara."
Tambah seorang lagi bekas pemain negara, Lim Siew Ai: "Peluang pemain wanita dalam sukan ini agak terhad dan langkah ini termasuk ganjarannya mampu menggalak penyertaan pemain wanita."
Dapatkan Sekarang

Prestasi Bermula Di Sini
Dengan peralatan yang sesuai, setiap ayunan jadi lebih mantap dan berkesan.
Dapatkan Sekarang