Skip to main content

Sukan Lain

Golf: Hadiah lumayan menanti juara The Ladies 2025

golf.jpg
Penganjuran Kejohanan Golf The Ladies 2025 dari 12 hingga 15 Oktober ini merupakan mercu tanda baharu ekosistem sukan golf di Malaysia yang mengiktiraf bakat terbaik wanita negara.

Pertandingan tersebut menghimpunkan 60 pemain wanita terbaik negara yang terdiri daripada 30 pemain profesional dan 30 pemain amatur, dengan format pertandingan 54 lubang stroke play.

Edisi pertama kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 dengan hadiah utama RM17,500 selaku juara.




Bahang kehangatan The Ladies semakin dirasai menerusi pelancaran trofi kejohanan yang mencerminkan simbol pengiktirafan tertinggi buat pemain wanita di malaysia.

"Saya ingin mengajak semua pemain wanita terutamanya daripada kategori profesional untuk memberikan sokongan dan menjayakan perkara ini," kata bekas pemain golf negara, Lim Ai Lian.
Golf

Prestasi Bermula Di Sini

Dengan peralatan yang sesuai, setiap ayunan jadi lebih mantap dan berkesan.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found