Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, berhasrat memecah rekod 100 meter kebangsan untuk dihadiahkan kepada jurulatihnya, M. Balamurugan, yang tidak dapat mengiringinya dalam Sukan Komanwel Gold Coast ekoran masalah had akreditasi.
Sehubungan itu, dia mengharapkan catatan terbaik peribadi, 11.45 saat, yang dilakukannya di Afrika Selatan tahun lalu dipadamkan sebagai hadiah sagu hati untuk penampilan sulung dalam Sukan Komanwel.
"Bila jurulatih tiada, kami harus bijak mengurus diri dan berdikari kerana saya pernah beraksi tanpa jurulatih.
"Jadi, perkara itu adalah perkara biasa walaupun saya mengakui kehadiran jurulatih tentunya lebih baik.
"Saya akan cuba di sana dan saya juga bertanding dengan pesaing yang lebih pantas, jadi saya rasa mungkin saya boleh mengikut corak mereka untuk mendapatkan catatan masa lebih baik," kata Zaidatul mengenai temasya yang bermula esok hingga 15 April itu.
Apatah lagi, ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abbas, menggesa atlet agar berdikar sekalipun terpaksa menempuhi rintangan seperti ini.
"Kalau boleh, memang saya memerlukan jurulatih untuk mereka memantau segala persiapan kami.
"Program tanpa jurulatih dan dengan kehadiran jurulatih jelas berbeza kerana sukar buat kami untuk melalui proses persediaan yang sepenuhnya," ujar pelari pecut lelaki, Jonathan Nyepa.