Skip to main content

Sukan Lain

Gold Coast 2018: Skuad ragbi negara sasar tempat ke-12

ragbi7s1318.jpg
Sukan Komanwel Gold Coast dari 4-15 April ini menjadi medan untuk membuktikan peningkatan semasa skuad ragbi tujuh sepasukan negara dengan menyasarkan kedudukan 12 terbaik. 

Ia sebagai usaha untuk memperbaiki pencapaian di kedudukan ke-15 dalam edisi di Glasgow, empat tahun lalu.

Hakikat yang perlu diterima, saingan di pentas Komanwel adalah berbeza untuk skuad negara yang masih mencari tempat di peringkat tertinggi.

Ketika sukan lain menyasarkan kilauan pingat untuk negara, impian untuk berada di kedudukan 12 terbaik adalah paling relevan yang mampu diberikan skuad negara setakat ini.

Ahi Exco Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Fahmi Jalil, berkata sekurang-kurangnya peningkatan pencapaian menjadi taruhan selepas berkesudahan di tangga ke-15 keseluruhan di Glasgow. 

"Kami akan cuba perbaiki pencapaian lepas, iaitu di Glasgow pada 2014. Ketika itu, kami memperoleh kedudukan ke-15 daripada 16 negara yang bertanding.

"Kalau kali ini kami dapat tempat ke-12, ia bagus. Kalau tempat kelapan, ia sudah tahap World Sevens Series," kata Fahmy.

Dalam pada itu, skuad ragbi tujuh sepasukan negara baru pulang daripada kem pendedahan di Australia, dengan keputusan dua perlawanan di sana seimbang dengan kekuatan semasa skuad negara.

Sudah pasti kelebihan saiz fizikal yang dimiliki pihak lawan cuba diatasi dengan kepantasan larian yang merupakan senjata utama skuad negara nanti.

"Kami akan menggunakan kelajuan yang kami ada dan kurangkan kesilapan yang sepatutnya tidak terjadi di atas padang, terutama ketika menguasai perlawanan.

"Jadi, lawan pun tidak boleh buat apa-apa apabila kami menguasai permainan. 

"Saya rasa itu yang sedang diusahakan jurulatih untuk skuad negara ketika ini," kata Fahmy lagi.

Advertisement

Must Watch Video