Skuad ragbi tujuh sepasukan (7's) negara bertekad menamatkan penantian untuk merakamkan kemenangan dalam Sukan Komanwel Gold Coast dari 4 hingga 15 April depan.
Status selaku juara Asia Tenggara akan cuba digalas sebaik mungkin oleh pemain negara.
Pingat emas yang diraih dalam temasya KL2017 menyemarakkan kembali perjuangan skuad ragbi 7's negara untuk tampil dengan iltizam lebih tinggi bagi menghadapi dua tugasan utama tahun ini.
Pertama, mereka merupakan salah satu daripada dua wakil Asia yang terbabit di pentas Komanwel.
Tanpa berselindung, pengendali skuad negara, Saizul Hafifi Mohd Nor, lebih memberi tumpuan kepada Sukan Asia di Indonesia, Ogos nanti dengan peluang meraih pingat adalah lebih cerah.
Namun, dia juga percaya pengalaman menentang negara-negara Komanwel memberi manfaat tersendiri kerana terdapat dalam kalangan mereka yang merupakan kuasa besar ragbi dunia.
"Kami akan cuba untuk memperbaiki prestasi dan mempamerkan persembahan terbaik.
"Memberikan saingan kepada lawan di Gold Coast merupakan satu pencapaian kerana mereka merupakan pesaing bertaraf antarabangsa," kata Saizul.
Di Gold Coast, skuad negara diundi dalam Kumpulan A di samping Afrika Selatan, Scotland dan Papua New Guinea.
Lantaran itu, Saizul enggan meletakkan sasaran terlampau tinggi, sebaliknya fokus memburu kemenangan dengan pertemuan menentang Papua New Guinea yang dilihat seimbang.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mencipta kemenangan di peringkat Sukan Komanwel ialah pada edisi 2002 di Manchester, England.
Andai dapat merealisasikan hasrat itu, tidak mustahil Malaysia mampu menempatkan diri dalam kalangan 12 terbaik.
"Dari segi ranking, kami berada jauh di bawah jika dibandingkan saingan yang bakal di hadapi dalam Sukan Komanwel.
"Tetapi, kami akan cuba meraih pengalaman dan cuba memperbaiki kelemahan untuk membantu kami cemerlang di sana nanti," tambahnya.
Antara persiapan yang diharungi skuad negara termasuk Siri Jelajah Australia bulan lalu serta Kejohanan Borneo 7's di Sandakan, Sabah, pertengahan bulan ini.
Selain itu, mereka juga mendapat tunjuk ajar daripada legenda 7's New Zealand, Derek Jemie 'DJ' Forbes, sebelum berlepas ke Gold Coast.