Dua atlet gimnastik lelaki negara ke Sukan Komanwel Gold Coast 2018 hilang kegusaran terhadap isu persiapan ke temasya itu apabila memperoleh lampu hijau untuk ke Siri Piala Dunia di Doha, Qatar.
Jika tidak dihantar beraksi di Doha dari 21 hingga 24 Mac ini, maka Jeremiah Loo dan Tan Fu Jie hanya melalui satu aksi pemanas badan sebelum ke Gold Coast dalam saingan Siri Piala Dunia Melbourne pada Februari lalu di samping menjalani latihan pusat di Bukit Jalil.
Bagi Jeremiah, perkembangan ini bukan sahaja melegakan kebimbangan tetapi akan dimanfaatkan sebaik mungkin.
"Ini merupakan kejohanan yang terbaik untuk persiapan menghadapi saingan Sukan Komanwel," kata Jeremiah.
"Ia akan membantu kekuatan mental menghadapi saingan di Gold Coast."
Di Doha, Jeremiah bukan sahaja beraksi dalam acara kepakaran kekuda berpelana, malah dia akan memperinci kemahiran dalam saingan senaman lantai dan palang tinggi.
Ini di sebalik keperluan menguatkan mental dalam mengelak dibebani tekanan menghadirkan kejayaan buat Malaysia apabila memikirkan pelaburan besar untuk mereka ke Gold Coast.
"Saya menyertai tiga acara dan cuba mempamerkan persembahan yang terbaik. Saya mahu melakukan rutin dengan sempurna dan tidak memikirkan mengenai pingat yang bakal diraih," tambahnya.