Pemilik rekod Asia bukanlah tiket untuk atlet berbasikal para negara, Muhammad Afiq Afify Rizan, berasa terlalu yakin untuk meraih pingat dalam acara 1km ujian masa dalam Sukan Komanwel Gold Coast.
Afiq yang memecahkan rekod Asia dalam Kejohanan Basikal Trek Para Dunia 2018 di Rio, Brazil, bulan lalu dengan catatan masa 1:04.192 saat, menganggap peluang untuk meraih pingat di Australia cukup berliku.
Ini kerana juara dunia dari Scotland, Neil Fachie, dan naib juara, James Ball, yang mewakili Wales pasti akan menjadi tentangan hebat buatnya yang sekadar mengisi tempat kelapan di Rio.
Sehubungan itu, dia ingin melupakan pemburuan pingat, sebaliknya hanya ingin memperbaiki rekod Asia acara 1km ujian masa yang disandangnya sambil sasaran pingat disandarkan dalam acara pecut 200m bersama jurumudi, Muhammad Khairul Adha Rasol.
"Untuk acara 1km, saya hanya menyasarkan untuk memecahkan rekod peribadi kerana masih tidak pasti keadaannya.
"Bagi acara 200m, mungkin saya akan cuba untuk mengejar pingat kerana ketika di Rio, saya menduduki tangga kelima dan bertanding dengan pelumba yang sama," kata Afiq.