SUKAN LAIN
Gold Coast 2018: Perbaiki pencapaian edisi terdahulu jadi keutamaan
Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Gold Coast 2018 akhirnya mendedahkan sasaran dengan hasrat menamatkan kempen dalam kelompok 10 terbaik.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, hari ini berkongsi sasaran tujuh pingat emas buat kontinjen Malaysia untuk dibawa pulang dari Australia.
Dalam edisi terdahulu di Glasgow, Malaysia sekadar meraih enam emas, maka objektif untuk memperbaiki pencapaian 2014 itu menjadi keutamaan.
Iklan
"Sasaran pingat emas setidak-tidaknya perlu melebihi kutipan di Glasgow, iaitu enam emas.
"Berdasarkan pencapaian kedudukan keseluruhan, jelas sekali ia tanggungjawab keseluruhan kontinjen kita.
"Sudah tentu, pencapaian kali ini perlu mengatasi di Glasgow," kata Khairy.
Chef-de-mission (CDM) negara, Huang Ying How, bagaimanapun enggan atlet ke Gold Coast selesa dengan sasaran tujuh emas itu.
Sebaliknya, beliau mahu atlet memburu sebanyak emas yang mungkin sambil mengeaskan kepentingan atlet para untuk membantu meletakkan Malaysia dalam kelompok 10 terbaik secara keseluruhan.
"Tujuh emas tidak akan meletakkan anda dalam kelompok 10 terbaik, kami mesti ke sana dan buat yang terbaik.
"Atlet sememangnya berhasrat untuk mengatasi pencapaian di Glasgow. Kami ingin kekal dengan sasaran yang lebih sukar sambil cuba mencapai kedudukan 10 terbaik.
"Kedudukan itu boleh dicapai, semua orang perlu memberikan yang terbaik dan saya berharap ia akan dapat dipenuhi," kata Ying How.
Imej: Asiana
Must-Watch Video