Berbaki 12 hari sebelum Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast membuka tirai pada 4 April ini, atlet menembak negara, Johnathan Wong Guan Jie, kini lebih memberi fokus terhadap kemahirannya.
Olimpian negara yang bakal membuat penampilan kedua dalam temasya itu berkata pada saat-saat akhir ini, apa yang perlu dititikberatkan adalah kemahiran menembak agar tidak berlaku kesilapan yang boleh memberi kesan terhadap keputusan akhir ketika pertandingan nanti.
"Setakat ini, latihan berjalan lancar. Bulan lepas kami telah menjalani latihan yang memberi tumpuan kepada meningkatkan kekuatan, jadi saat-saat akhir ini saya tekankan kepada peningkatan teknik pula," katanya dalam sidang media Program Podium di Institut Sukan Negara (ISN), hari ini.
Johnathan, yang mencipta kejutan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan menewaskan juara Olimpik Rio, Hoang Xuan Vinh dari Vietnam, meletakkan sasaran peribadi untuk meraih pingat tanpa mengira warna dalam Sukan Komanwel kali ini.
Dia yang akan bertanding dalam dua acara iaitu 10 meter pistol angin lelaki dan 50 meter pistol lelaki, berharap pengalaman beraksi di Glasgow sebelum ini memberi keyakinan dan peluang besar kepadanya untuk mencapai sasaran.
Johnathan mengakui tidak berasa tertekan untuk beraksi dalam Sukan Komanwel Gold Coast walaupun bakal bersaing dengan atlet menembak dari India yang mempunyai ranking lebih tinggi dan juga sandaran pihak luar yang menyasarkan pingat buat kontinjen.
"Saya rasa yakin dengan diri dan juga pasukan saya tapi untuk diri sendiri, saya perlu beri penekanan kepada prestasi.
"Sasaran pihak luar tidak akan menjejaskan prestasi dan semangat saya," katanya yang turut tersenarai sebagai penembak tunggal negara dalam Program Podium itu.
Katanya, dia banyak menerima perkhidmatan sokongan daripada segi psikologi dan fisiologi melalui program kendalian ISN itu yang memberikan kesan positif terhadap diri dan prestasinya serta berharap akan menerima lebih banyak bantuan profesional yang disediakan.
-- BERNAMA