Skip to main content

Sukan Lain

Gold Coast 2018: Iskandar sasar rekod baru kebangsaan

iskandar-alwi.jpg
Atlet lompat bergalah negara, Iskandar Alwi, mengutamakan rekod kebangsaan baru buat kali ketiga apabila beraksi dalam Sukan Komanwel Gold Coast 201, sebelum melihat potensi pingat yang masih relevan atau sebaliknya. 

Prestasinya dalam Terbuka Kuala Lumpur minggu lalu ibarat petanda positif apabila melakar rekod baru kebangsaan, 5.31 meter, sebelum dia ke Australia. 

Namun, catatan permulaan yang akan diputuskan tuan ruma, sehari sebelum saingan memainkan peranan besar bagi pembukaan lompatannya dalam Sukan Komanwel, dari 4 hingga 15 April nanti. 

Jika sasaran tertinggi 5.40m menjadi taruhan, persaingan di Gold Coast pastinya tidak mudah.

"Ketinggian 5.40m bukanlah catatan yang memuaskan tetapi ia akan menjadi panduan kepada saya untuk melakukan lebih daripada itu. 

"Terlebih dahulu, saya perlu mendapatkan had ketinggian yang ditetapkan dalam Sukan Komanwel sebelum saya menyasarkan ketinggian di antara 5.35m atau 5.40m," katanya. 

Hakikatnya, anak muda kelahiran Johor itu sedar dengan kapasiti yang dimilikinya tetapi masih menetapkan sasaran peribadi dalam kemunculan pertamanya dalam temasya Gold Coast 2018. 

"Saya mahu mengatasi catatan peribadi terbaik sebelum menyasarkan pingat. 

"Sekiranya gagal mencabar pingat, saya tetap akan berusaha melakukan lompatan tertinggi," katanya. 

Iskandar masih cuba menguasasi teknik 16 langkah bersama galah berukuran 4.90 meter selepas berguru dengan legenda dunia, Vitaly Petrov, selama sebulan pada tahun lalu. 

 

Advertisement

Must Watch Video