SUKAN LAIN
Gold Coast 2018: Dilema buat MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berdepan dilema untuk memilih pembawa bendera kontinjen negara bagi saingan Sukan Komanwel Gold Coast, dengan jaguh lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail, berpeluang cerah berbanding empat calon lain.
Pembawa bendera lazimnya mewakili atlet terbaik sesebuah negara dalam sukan bertemasya.
Sudah tentu ia penghormatan tertinggi bagi atlet kerana ia mungkin kali pertama dan terakhir mereka diberikan peluang sedemikian.
Iklan
Calon pembawa bendera Malaysia ke Sukan Komanwel Gold Coast 2018 ialah:
1. Muhammad Hakimi Ismail - lompat kijang
2. Emma Firyana Saroji - boling padang
3. Ooi Tze Liang - terjun
4. Nur Dhabitah Sabri - terjun
5. Sukri Mutalib - hoki
"Kami mahu memberikan peluang kepada atlet-atlet lain untuk dipilih sebagai pembawa bendera. Buat masa ini, kami masih lagi membuat pemilihan dan akan memberitahu selepas ia telah dimuktamadkan," kata Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo.
Must-Watch Video