Skip to main content

Sukan Lain

Gold Coast 2018: Chong Wei berdepan laluan berliku

chongwei2018.jpg
Laluan berliku menanti perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, dalam Sukan Komanwel Gold Coast bulan depan dengan sasaran sudah pasti untuk mendapatkan pingat emas.

Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan, berkata segala kekurangan dalam Kejohanan Seluruh England akan diperbaiki segera bagi memastikan Chong Wei benar-benar bersedia untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Sasaran utama buat Chong Wei adalah Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Kami akan terus meneliti setiap kekurangan dalam permainannya di Seluruh England," kata Hendrawan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menetapkan sasaran tiga pingat emas di Gold Coast, dengan salah satu daripadanya menerusi Chong Wei.

Advertisement

Must Watch Video