Skip to main content

Sukan Lain

Gimrama: Izzah rindu untuk sertai kejohanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzah-amzan.jpg
Penantian satu penyeksaan buat bintang gimrama negara, Izzah Amzan memandangkan terdapat kemungkinan untuk tiada sebarang kejohanan yang dapat disertainya -- termasuk pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 -- berikutan pandemik Covid-19.

Menerusi satu perkongsian bersama wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, Izzah meluahkan kerinduannya untuk beraksi di peringkat kompetitif.

"Saya rindukan segala-galanya. Saya rindukan rutin harian saya kerana atlet sudah pasti tidak tahu duduk diam.

"Jadi, apabila perkara seperti ini terjadi, saya rindukan semuanya. Saya rindukan untuk ke luar negara, saya rindukan perkara yang biasa saya lakukan.

"Pendek kata, saya rindukan segala-galanya," katanya.

Rehat yang terlalu lama pasti akan menjejaskan prestasi mana-mana atlet dan mengulas mengenai perkara itu, Izzah menambah: "

"Sudah pasti ada sedikit (terjejas) tetapi saya ada melakukan latihan sendiri.

"Di rumah juga saya ada melakukan latihan dengan menggunakan peralatan cuma tidak banyak.

"Tetapi paling susah adalah untuk mendapatkan kembali stamina," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video