Sokongan daripada dua rakan sepasukan memberi kekuatan kepada gimnas negara, Izzah Amzan, yang terlalu kecewa selepas gagal meraih sebarang pingat acara individu dalam temasya Gold Coast 2018.
Izzah tidak dapat menahan kesedihan apabila hanya meraih satu pingat perak menerusi acara berpasukan tetapi pulang dengan tangan kosong bagi acara individu apparatus tatkala dua rakannya, Amy Kwan dan Koi Sie Yan, cemerlang menyumbang pingat buat negara.
Namun, itu bukan bermakna gimnas berusia 18 tahun itu dianggap gagal berikutan pencapaiannya mara ke final individu bagi dua apparatus, iaitu gelung dan bola, dengan menduduki tangga keenam, semalam.
Pencapaian itu dikira sudah cukup membanggakan memandangkan ini adalah penampilan sulungnya dalam Sukan Komanwel.
"Saya sangat bersyukur memiliki rakan sepasukan yang bagus dan terima kasih kerana menghadiahkan emas dan pingat lain," kata Izzah.
Amy selaku atlet paling senior mahu Izzah menguatkan semangat dan terus berjuang kerana dirinya juga mengambil masa yang panjang untuk sampai ke tahap ini sehingga berjaya membutirkan emas pertamanya dalam Sukan Komanwel.
"Dia sangat muda. Saya tidak beraksi dalam Sukan Komanwel ketika berusia 18 tahun, sebaliknya ketika berumur 19 tahun. Dengan itu, dia berpeluang lebih cerah dalam edisi seterusnya.
"Usah putus asa untuk menjadi juara," ujar pemenang apparatus reben itu.