Skuad gimrama negara akhirnya boleh menghela nafas lega selepas Izzah Amzan selamat tiba di Gold Coast dan mula menjalani perincian fasa akhir sebelum memulakan kempen Sukan Komanwel pada Rabu ini.
Turut mengiringi Izzah ialah jurulatihnya, Yulia Ivanova, yang terpaksa menanti tambahan kuota kad akredetasi dan visa untuk berada di Gold Coast.
Senario itu memaksa rakan lain, Amy Kwan dan Koi Sie Yan, menanti kehadiran Izzah sehingga semalam, dengan menegaskan dia tidak terkesan dengan penangguhan itu.
"Saya sudah rasai pertandingan dan saya sangat teruja sebab tengok atlet hebat-hebat dan perkampungan sukan pun sangat wow.
"Penting untuk jurulatih sentiasa berada dengan saya. Saya masih ada masa tiga hari untuk sesuaikan diri di sini. Suasana dan cuaca hampir sama di Malaysia," kata Izzah.
Reputasi Izzah yang pantas menjadi tonggak negara turut menawarkan pandangan apa yang menjadi buruannya di Gold Coast.
Ditanya adakah pingat mampu dijelmakannya menerusi aparatus bola atau belantan yang dimenanginya dalam Sukan SEA lalu, Izzah berkata: "Saya hanya mahu membuat rutin dengan kemas dan lebih baik daripada aksi dalam Sukan SEA. Saya mahu lebih konsisten.
"Saya tidak boleh pilih apparatus mana digemari sebab saya perlu buat dengan baik kesemuanya," katanya lagi.