Dua atlet gimrama negara, Koi Sie Yan dan Amy Kwan, mengambil pendekatan berbeza dalam menghadapi Kejohanan Gimrama Asia 2018 yang sedang berlangsung di Arena Axiata, Bandar Sukan Kuala Lumpur.
Hari pertama saingan semalam menyaksikan Sie Yan bersama Amy serta seorang lagi wakil negara, Izzah Amzan, mengambil bahagian dalam kelayakan apparatus gelung dan bola individu.
Dengan persiapan ke Sukan Asia Jakarta-Palembang pada Ogos depan menjadi keutamaan, kejohanan ini dapat menjadi kayu pengukur kemampuan mereka dengan beberapa peserta dari China, Jepun dan Kazakhstan.
Bagi Sie Yan, dia mencuba beberapa elemen baru dalam persembahannya dengan sedikit perubahan dalam rutin yang dipamerkannya berbanding ketika membawa cabaran negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast, yang berakhir dua minggu lalu.
"Jurulatih agak berpuas hati dengan persembahan saya pada hari ini. Saya menambah beberapa gerakan baru sejak dua minggu lalu dan berjaya melakukannya.
"Saya berasa selesa ketika melakukannya," kata Sie Yan.
Berbeza pula dengan Amy, dia membuat keputusan untuk tidak mencuba elemen baru itu, sebaliknya kekal dengan rutin sedia ada yang telah diamalkan sejak tahun lalu.
"Sepatutnya saya melakukan elemen baru tetapi pada saat-saat akhir, saya terpaksa membatalkan hasrat itu atas saranan jurulatih dan persatuan.
"Mereka mahu saya melaksanakan apa yang saya lakukan di Gold Coast," kata Amy.
Saingan buat wakil negara akan diteruskan (bermula jam 3 petang ini) menerusi kelayakan apparatus belantan dan reben.
Tumpuan sudah pasti terarah kepada Amy atas faktor pingat emas yang disumbangkannya dalam apparatus reben di Gold Coast.
Begitupun, dia menjangkakan cabaran di peringkat Asia lebih tinggi, namun sedia mempamerkan persembahan yang mampu memikat juri.
"Saya tidak memikirkan soal keputusan. Saya hanya memberi aksi terbaik dan memberikan persembahan menarik kepada juri dan penonton.
"Soal pemarkahan saya tidak dapat mengawalnya, saya hanya fokus untuk memberikan yang terbaik," kata Amy lagi.