Gimnas negara, Zul Bahrin Mat Asri, wajar mendapat pujian apabila tetap meneruskan cabaran sehingga mengalami kecederaan buku lali ketika Malaysia gagal mencipta sejarah dalam pemburuan tiket final acara berpasukan lelaki, Sukan Asia Indonesia di Pusat Pameran Antarabangsa Jakarta, hari ini.
Zul cedera ketika menyertai Terbuka Singapura bulan lalu, namun gimnas kelahiran Terengganu itu tetap berkeras mahu menyertai Sukan Asia kerana ia peluang keemasan untuk mencipta sejarah.
Kecederaan buku lali menjejaskan aksi Zul selain rakan sepasukan, Jeremiah Loo Phay Xing, Azroy Amierol Jaafar, Tan Fu Jie dan Chau Jern Rong, yang gagal mempamer prestasi terbaik.
Malaysia meraih tangga ke-10 dengan 226.250 mata berbanding hanya lapan negara layak ke peringkat akhir.
"Kecederaan pergelangan kaki kanan yang dialami dalam Terbuka Singapura tempoh hari mengganggu persembahan saya pada hari ini.
"Ini kali pertama saya dapat menyertai Sukan Asia, jadi saya memaksa diri (menyertai temasya)," kata Zul Bahrin.
Kali terakhir gimnas negara meraih pingat Sukan Asia ialah menerusi Ng Shu Wai dalam apparatus melombol dalam Sukan Asia 2006 di Doha.
Gimnas lelaki negara juga terkandas dalam pemburuan tiket final saingan individu.