Skip to main content

Sukan Lain

Geran Padanan Sukan mampu rancakkan sukan kelas ketiga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

geran.jpg
Presiden Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia, Krishna Kumar, percaya Geran Padanan Sukan yang diperluaskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mampu merancakkan lagi industri sukan tanah air tahun ini.

Ia secara tidak langsung akan memperluaskan budaya mengamalkan gaya hidup sihat kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia.

"Ia baik untuk persatuan sukan, syarikat dan NGO yang selalu menjalankan kursus dengan duit poket sendiri terutama sukan kelas ketiga seperti bina badan yang susah nak dapatkan penajaan," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Dia turut berharap agar inisiatif yang diumumkan oleh KBS mampu mengangkat nilai komersial sukan-sukan kecil di Malaysia supaya lebih dikenali.

Selain Geran Padanan Sukan, KBS telah menyediakan beberapa dana yang boleh diakses pemegang-taruh antaranya Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara, Dana Sukan Komuniti dan Dana Bantuan Pembangunan Belia KBS.

"Kalau boleh geran ini boleh sampai sepenuhnya ke sukan kelas ketiga. Selalunya penaja sendiri yang akan cari sukan berkelas tinggi.

"Dengan adanya geran macam ini, sukan dan atlet baru khususnya yang tidak jarang kita dengar dapat diperkenalkan," katanya. 


 

Advertisement

Must Watch Video