Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, merasmikan Majlis Pembukaan Kejohanan Piala Dunia Boling Padang 2025 yang akan berlangsung daripada 4 hingga 8 November ini di Pusat Boling Padang Kebangsaan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Lebih menarik lagi, gelanggang mudah alih dalam dewan bertaraf dunia dipersembahkan kepada orang ramai buat pertama kalinya yang bakal digunakan sepanjang kejohanan itu berlangsung.
Gelanggang itu juga mirip seperti gelanggang yang bakal digunakan di Sukan Komanwel Glasgow 2026 tahun depan.
"Kami telah berusaha sebaiknya untuk menjadi tuan rumah, kali ini kali pertama kami mencuba infrastruktur, pembelian gelangang ini disediakan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).
"Untuk KBS, kami peruntuk RM500,000 untuk penganjuran ini. Hasrat kami adalah selepas ada jaguh dunia ini, saya mahu masyarakat tahu mengenai sukan ini," katanya.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Datuk Awalan Abdul Aziz, menyifatkan ini peluang keemasan untuk semua peminat turun melihat sendiri aksi boling padang di peringkat dunia.
tidak lupa juga, perlawanan pertunjukan antara Malaysia menentang 'rest of the world' yang menggabungkan pemain terbaik dunia berentap dengan skuad negara, yang juga simbolik kempen membawa sukan ini ke pentas Sukan Olimpik Brisbane 2032.
"Inilah peluang keemasan terbaik, kita tidak perlu pergi ke Eropah mahupun negara -negara lain untuk menyaksikan barisan pemain terhebat dunia.
"Khamis nanti bakal ada perlawanan antara Malaysia berdepan pemain terbaik di dunia. Ini sebahagian daripada kempen." tambahnya.

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang