Skip to main content

E-Sukan

GamesMY Kelantan, CG Sports pasukan baru MPLMY S16

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpl.jpg
2 pasukan baru iaitu GamesMY Kelantan dan CG Sports bakal mengharungi cabaran hebat di pentas tertinggi e-sukan, Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia pada musim ke-16.

CG Esports berjaya mengesahkan slot ke MPLMy musim ke-16 selepas berjaya menjuarai Liga Akedemi MLBB (MAL) musim ke-3 selepas membelasah GamesMY Kelantan 4-0 di Final.

Namun GamesMY Kelantan selaku naib juara MAL S3 berjaya mengharungi cabaran 'Challenger Stage' apabila berjaya menentang pasukan kedudukan ke-9 MPLMY musim ke-15, JP Niners, 3-1 untuk mengesahkan slot ke MPLMY S16. 

Dalam pada itu, JP Niners yang tertewas di tangan GamesMY Kelantan terpaksa akur untuk tidak berjaya mempertahankan slot untuk musim ke-16. Pasukan Ocean Black yang menamatkan saingan MPLMY musim ke-15 di tempat tercorot juga tidak berjaya menempatkan diri untuk musim kali ini.

Mampukah CG Sports dan GamesMY Kelantan membuat kejutan di saingan musim kali ini menentang pasukan-pasukan gergasi seperti SRG.OG dan Homebois? Jom kita nantikan pada 13 September ini!
Headset

Gear Wajib Pro Player

Dengan gaming headset, setiap bunyi langkah musuh & skill jadi lebih jelas — tingkatkan prestasi anda dalam Mobile Legends.


Order Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video