Skip to main content

Futsal

Futsal AFF: Thailand tumbangkan Indonesia untuk bergelar juara kali ke-16

futsal-thailand-indonesia.jpg
Thailand dinobatkan juara Kejohanan Futsal AFF 2022 selepas menewaskan Indonesia dalam penentuan sepakan penalti aksi final di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok sebentar tadi.

Indonesia seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila mensia-siakan dua gol pendahuluan, masing-masing jaringan Evan Soumilena (minit kelapan) dan Ardiansyah Runtuboy (m-25).

Biarpun ketinggalan, Thailand menggunakan strategi 'powerplay' untuk meraih dua gol dramatik pada lewat permainan yang disudahkan Krit Aransanyalak dan Osamanmusa, masing-masing pada minit ke-39 dan 40, sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan.

Tiada sebarang pertambahan jaringan dalam masa tambahan biarpun Soumilena dilayangkan kad merah untuk aksi final itu ditentukan dengan penentuan sepakan penalti.

Tuah ternyata memihak Thailand dalam penentuan itu untuk bergelar juara buat kali ke-16 dengan kemenangan 5-3.
 

*Kredit foto: PSSI

Advertisement

Must Watch Video