Bekas perejam skuad sepak takraw negara, Mohd Futra Abdul Ghani, menyambut baik tindakan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang bakal merombak barisan kejurulatihan skuad kebangsaan.
Jelas Futra, nafas baru sangat diperlukan ketika ini bagi mengembalikan semula kegemilangan sukan sepak takraw Malaysia di pentas antarabangsa.
Futra turut berpandangan dua individu yang sedang hangat dikaitkan bakal mengisi jawatan ketua jurulatih negara serta Pengarah Teknkal PSM iaitu, Aswadi Abdullah dan Ahmad Jais Baharun sememangnya layak berdasarkan pencapaian semasa mereka.
Untuk rekod, Aswadi yang membimbing ATM Guardians pernah dinobatkan sebagai jurulatih terbaik STL pada 2018, 2019 dan 2022 sementara Ahmad Jais berjaya membawa Johor kejuaraan sulung kejohanan Piala Emas Khir Johari edisi ke-56 Disember tahun lalu.
"Suntikan baru diperlukan dalam staf kejurulatihan. APa yang dipamerkan Aswadi dan Ahmad Jais di peringkat tempatan telah membuahkan hasil tetapi mereka memiliki kepakaran yang boleh diketengahkan dalam skuad kebangsaan," kata Futra.