Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Hoki

Fitri lupakan tawaran RM20,000 demi negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faizal-saari.jpg
Perancang utama skuad hoki negara, Fitri Saari, sanggup melepaskan gaji mencecah RM20,000 sebulan untuk mewakili Sohar Hockey Club dalam Liga Hoki Oman demi untuk menamatkan saingan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, yang juga persiapan bagi menghadapi Kejohanan Final Siri Hoki Dunia di Kuala Lumpur, bulan depan.

Pujian wajar diberikan buat Fitri yang sanggup menolak tawaran lumayan itu demi komitmennya dengan pasukan kebangsaan.

"Saya terpaksa menolak tawaran itu kerana meletakkan kepentingan skuad kebangsaan sebagai keutamaan.

"Ia demi memastikan Malaysia dapat memberikan yang terbaik dalam kejohanan bulan depan untuk menyambar tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Duit boleh dicari, namun inilah masanya untuk saya berkorban demi negara," katanya.

Menjelang perlawanan kelima Piala Sultan Azlan Shah berdepan Kanada malam ini, Fitri berasakan rakan sepasukannya perlu bangkit meskipun mereka tidak layak ke final edisi ini.

"Kami perlu bangkit dan mengenal pasti setiap kesilapan yang kami lakukan sebelum ini.

"Kami perlu mencari kemenangan dan tidak boleh membiarkan kekalahan itu menjadi tabiat pasukan ini.

"Kami perlu menerapkan mentaliti kemenangan di kalangan pemain," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video