Skip to main content

Advertisement

Hoki

Fitri akur sekatan KHM beraksi di luar negara

160317-fitri-saari.jpg
Pemain tengah hoki negara, Fitri Saari, akur dengan pendirian Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tidak membenarkan pemain kebangsaan menyertai liga luar negara meskipun dia mampu mengaut puluhan ribu ringgit di Jerman. 

Fitri adalah antara tiga pemain kebangsaan yang ditawarkan tempat beraksi di luar negara bersama abangnya, Faizal Saari, untuk menyarung jersi kelab Divisyen Satu Jerman, Blau Weiss, manakala seorang lagi penyerang negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, bersama kelab Scotland, Udingston Hockey Team. 

"Apa yang jurulatih mahukan adalah berbeza kalau saya bermain di luar negara.

"Saya sedar peluang beraksi di luar negara banyak positifnya. 

"Di luar, saya boleh belajar budaya baru dan corak permainan moden. 

"Semua ada baik dan buruknya.

"Apa pun, saya terpaksa melepaskannya kerana ini kehendak KHM," katanya. 

Keputusan itu dibuat atas faktor skuad kebangsaan yang akan menyambung kem latihan pada Rabu depan. 

Malaysia -- di ranking ke-13 dunia -- akan menghadapi Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, bulan depan sebelum menghadapi separuh akhir Liga Dunia di England atau Afrika Selatan selaku Kelayakan Piala Dunia 2018, dua bulan kemudian. 
 

Advertisement

Must Watch Video