UniKL dalam situasi berdebar-debar menunggu keputusan rayuan berkenaan nasib empat pemain import mereka.
Persekutuan Hoki Eropah (EHF) akan membuat keputusan awal pagi esok sama ada untuk memberi kelulusan kepada penjaga gol, David Harte, pemain tengah, Robbert Kemperman, dan penyerang, Velantine Verga serta Martijn Havenga, untuk beraksi dalam perlawanan akhir Piala TNB bertemu Terengganu Hockey Team (THT) di Stadium Hoki Tun Razak, esok.
Peraturan EHF menetapkan pemain yang beraksi dalam Liga Hoki Eropah tidak dibenarkan menyertai mana-mana liga selepas 1 Mac.
"Peraturan EHF menetapkan pemain Eropah dibenarkan beraksi dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) dari 15 Disember sehingga 28 Februari sahaja dan surat rayuan untuk membenarkan mereka beraksi hanya dihantar dua hari sebelum perlawanan akhir.
"Pemain import Eropah telah membawa publisiti meluas untuk LHM dan Asia.
"Apapun, keputusan bukan terletak di tangan kami," kata pengendali UniKL, Arul Selvaraj.
Ketua pasukan UniKL, Marhan Abdul Jalil, menganggap pasukannya tiada kelebihan melainkan perlu berhempas-pulas.
"Kami perlu memberikan tekanan kepada pihak lawan dan tidak mustahil kami akan kekalkan kejuaraan," katanya.
UniKL selaku juara bertahan akan memburu trofi kedua musim ini selepas menjuarai liga.
Jika berjaya, 2019 akan menjadi musim paling gemilang buat pasukan yang dibentuk pada 2010 itu.
Jika keempat-empat pemain itu tidak dapat beraksi, UniKL masih boleh bergantung kepada pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Abd Rahim, yang sudah meledak 17 gol setakat ini.