THT 2 UNIKL 1
Impian skuad hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk meraih kejuaraan berganda musim ini tidak kesampaian sebaik tunduk 1-2 kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam final Piala TNB di Stadium Hoki Tun Razak, sebentar tadi.
Jika diimbas aksi dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM), UniKL turun sebagai pasukan pilihan selaku juara liga, namun lawan mereka bukan calang-calang pasukan, THT.
Namun, kehilangan empat tonggak import -- penjaga gol, David Harte, pemain tengah, Robbert Kemperman, serta penyerang, Velantine Verga dan Martijn Havenga -- jelas memberikan kesukaran buat UniKL memburu jaringan.
Ini berikutan peraturan EHF menetapkan pemain yang beraksi dalam Liga Hoki Eropah tidak dibenarkan menyertai mana-mana liga selepas 1 Mac dan rayuan UniKL untuk mendapatkan pengecualian buat keempat-empat pemain berkenaan, turut gagal.
Begitupun, aksi dalam suku pertama menyaksikan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan, namun kecemerlangan panjaga gol mereka memastikan tiada sebarang jaringan terhasil dalam tempoh itu.
Jaringan di pentas final dibuka THT dalam suku kedua menerusi pakar pukulan sudut penalti kelahiran Korea Selatan, Jang Jong-hyun, yang juga penjaring terbanyak kejohanan.
Jong-hyun meletakkan pasukan dari Pantai Timur itu di depan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-25.
Tersentak dengan jaringan itu, UniKL, yang dibimbing Arul Selvaraj, kembali memperkemas permainan, namun mereka gagal menyekat gol kedua THT menerusi satu lagi pukulan sudut penalti.
Kali ini giliran seorang lagi bintang import dari Korea Selatan, Jung Manjae, mencatat nama selaku penjaring menerusi gerakan sama pada minit ke-40 untuk THT selesa mendahului dengan dua gol.
Gol tunggal UniKL akhirnya tiba pada minit ke-44 menerusi pukulan sudut penalti Razie Abdul Rahim.
"Apa yang penting dalam perlawanan ini adalah semangat pemain saya dan mereka mengikuti perancangan kami sepanjang perlawanan.
"Ini adalah hasilnya dengan kami muncul juara keseluruhan walaupun persediaan kami amat terhad," kata pengendali THT, I. Vickneswaran.
Keputusan penuh Piala TNB:
Juara: Pasukan Hoki Terengganu (THT)
Naib Juara: Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Tempat Ketiga: Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Fairplay: Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri (THT)
Penjaring Terbanyak: Jang Jong-hyun (THT) – 22 gol