Terengganu Hockey Team (THT) yakin penyerang utama, Faizal Saari, mampu merobek pintu gol UniKL dalam perlawanan akhir Piala TNB di Stadium Hoki Tun Razak, esok.
Kebangkitan Faizal, terutama menerusi dua gol ketika menyingkirkan TNB 8-3 di peringkat separuh akhir, cukup melegakan.
Penyerang kebangsaan berkenaan bergelut pada awal liga sebelum mengumpul 13 gol.
THT juga memiliki mesin penjaring gol, Jang Jong-Hyung, yang hampir pasti dinobatkan penjaring gol terbanyak musim ini dengan mengumpul 28 gol.
"Faizal mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan gandingan serta corak permainan rakan sepasukan barunya.
"Apabila mereka mula serasi, inilah perbezaan.
"Sebagai pemain, Faizal telah berusaha keras," kata jurulatih THT, I. Vickneswaran.
Walaupun turun selaku pasukan 'underdog', THT memiliki lebih banyak kelebihan apabila semua pemain cergas selain pengalaman menjulang Piala TNB sebanyak empat kali.
"Dalam pertemuan Piala Sumbangsih sebelum ini, kami masing-masing menjaringkan gol melalui dua pukulan sudut penalti, terbukti ia begitu penting kepada semua pasukan.
"Bahkan ketika menewaskan TNB dalam separuh akhir, kami menggunakan pendekatan yang sama.
"Bukan mudah untuk menjaringkan gol padang, termasuk dalam aksi antarabangsa, ia boleh menentukan kemenangan," kata ketua pasukan THT, Fitri Saari.