Skip to main content

Permotoran

FIM MiniGP Malaysia: Zulfahmi seru kebangkitan pelumba tempatan di Langkawi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zulfahmi-khairuddin.jpg
Pusingan kedua FIM MiniGP Malaysia Series 2024 di Litar Kart Sepang sudah pun melabuhkan tirainya semalam selepas dua hari yang cukup meriah.

Secara keseluruhan, pengurus kejohanan, Zulfahmi Khairuddin, berpuas hati dengan kelancaran acara tetapi pada masa sama, perasaannya bercampur-baur dengan prestasi yang dipamerkan pelumba-pelumba negara ketika beraksi di trek sendiri.

Zulfahmi mengakui rata-rata pelumba antarabangsa seperti dari Hong Kong, Indonesia dan Vietnam menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan.

Zulfahmi juga teruja dengan prestasi yang ditunjukkan Farish Hafiy yang kini dapat merapatkan jurang lebih dekat dengan Qabil Irfan Azlan dan ini memberikan bayangan positif bahawa pelumba lain bakal memberi saingan sengit kelak. 

Dan apabila ditanya mengenai pusingan ketiga yang akan berlangsung di Motrac Adventure Park Langkawi pada 13 dan 14 Julai, Zulfahmi berkata: "Program minggu berjalan lancar cuma pelumba antarabangsa yang datang telah menunjukkan prestasi yang sangat baik, memenangi perlumbaan. 

"Ini laman kita sendiri dan sepatutnya bukan pelumba antarabangsa yang menang. 




"Jadi saya tidak begitu gembira dengan pelumba tempatan yang sepatutnya menguasai litar ini. 

"Saya harap semua pelumba tempatan peka dengan prestasi masing-masing.

"Say harap pelumba-pelumba kita bangkit di Morac Adventure Park Langkawi, bulan depan."
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video