Pelumba cilik perempuan, Wan Adra Mikayla Wan Muzri, yang berusia sembilan tahun melakar kejutan apabila mengatasi juara dunia 2023, Qabil Irfan Azlan, hari ini.
Bagaimanapun, Qabil Irfan hanya tewas dalam gimik perlumbaan M8 Pushbike GP Series 2 dan 3 itu yang berlangsung di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) hari ini.
Ia sebahagian daripada atur cara bersempena pusingan ketiga FIM MiniGP Malaysia di Langkawi hujung minggu ini.
"Saya gembira berpeluang kembali menyertai perlumbaan pushbike ini.
"Sudah lama saya tidak bermain pushbike, Alhamdulillah kali ini saya meraih tempat ketiga," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Wan Adra Mikayla meluah perasaan gembiranya setelah berjaya menumpaskan Qabil Irfan dan sembilan peserta FIM MiniGP Malaysia lagi.
Bagi penganjur M8 Pushbike, Datuk Wan Mohd Muzri, merangkap president M8 Cycling Club menyatakan bahawa kehadiran Qabil Irfan dan pelumba lain dapat memberi teladan terbaik kepada pengunjung di venue.
"Ini satu perkembangan yang baik untuk pushbike dan FIM MiniGP.
"Ini satu peluang yang bagus untuk bakat berusia 2 sampai 9 tahun sebelum mereka beralih ke FIM MiniGP.
"Ini satu proses yang panjang dan baik untuk melahirkan jaguh baru sukan permotoran.
"Qabil Irfan adalah contoh terbaik untuk kanak-kanak yang lain," katanya.