Pelumba kategori 160cc, Qayyim Razin, mengintai peluang merampas kedudukan pendahulu pelumba dalam pusingan ketiga FIM MiniGP Malaysia di Langkawi, hujung minggu ini.

Qayyim menyifatkan ia sebagai peluang terbaik untuk mengatasi lawan terdekatnya, Nguyen Viet Tuan, di kedudukan pertama sementara Airel Marzuki yang menguasai tangga kedua.

Untuk merealisasikannya, dia perlu menjuarai kedua-dua perlumbaan di Langkawi yang menjadi misi utamanya.

"Saya banyak melakukan latihan di atas motosikal dan sebaik pulang dari sekolah, saya akan menjalani latihan di trek.




"Ayah pesan kalau nak memenangi perlumbaan, saya cuma perlu fikirkan untuk ke depan sahaja.




"Perlumbaan ini membuatkan saya sedikit gemuruh. Kami hanya berpeluang untuk berlumba di Langkawi setahun sekali sahaja, mungkin ia akan mencetuskan satu perlumbaan yang sengit.

"Jadi saya ingin naik ke podium sebagai pelumba nombor satu," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.