PERMOTORAN
FIM MiniGP Malaysia: Aidil Zarif akui sukar baca litar, Naufal Aryan fokus aspek mental
Juara keseluruhan bagi kategori SIC Ohvale Junior Championship edisi lalu, Aidil Zarif mengakui saingan dalam kategori 160 sangat mencabar buat dirinya bagi mendapatkan rentak dan bersaing dengan pelumba-pelumba terbaik kejohanan seperti Airel Marzuki, Qayyim Razin dan Nguyen Viet Tuan dalam saingan FIM MiniGP Malaysia di Litar Horizon, Beranang, sebentar tadi.
"Saya masih sukar untuk membaca litar dan mendapatkan rentak, pencabar saya adalah Airel Marzuki, Qayyim Razin dan Nguyen Viet Tuan kerana sukar untuk bersaing dengan mereka," Kata juara SIC Ohvale Junior Championship 2023, Aidil Zarif kepada Nadi Arena.
Iklan
Manakala, pesaing Aidil, Naufal Aryan yang juga pernah meraih podium dalam kategori sama edisi lalu menyatakan bahawa latihan untuk menguatkan mental dan fizikal perlu kerap dilaksanakan bagi dirinya supaya boleh menjadi pesaing utama kejohanan dan situasi ini turut diakui oleh ibu kesayangan.
"Saya akan cuba berjuang dari aspek mental dan fizikal, saya akan gunakan untuk mengejar pelumba lain." Tambah Naufal Aryan.
Must-Watch Video