Buat julung-julung kalinya MAM Malaysia Festival of Speed 2024 dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sepanjang hujung minggu.
Pengurus MAM Malaysia Festival of Speed 2024, Datuk Mohammed Rhiza Ghazi, menjelaskan sebanyak tujuh disiplin diperkenalkan kali ini sambil berkongsi mengenai keunikan yang ditampilkan adalah diinspirasikan daripada penganjuran antarabangsa tahun lalu.
Tidak cukup dengan itu, Rhiza turut mengajak orang ramai untuk hadir kerana pelbagai aktiviti menarik sudah dirancang.
"Tahun lepas buat acara Asia Pacific Motorsports (APMC) berdasarkan kejayaan yang kita ada tahun lepas, Malaysia menang, bila kita tengok ke belakang, acara kita juga yang biasa diadakan setiap tahun dan berdasarkan inspirasi daripada Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir. Dia cadangkan buat acara ini setiap tahun. Acara tahun ni ada tujuh disiplin antaranya rally, Karting Sprint, Karting Slalom," katanya.
"Acara ni diadakan dua hari dan mempunyai 1000 peserta, kuantiti yang besar jadi untuk pemenang tahun ini akan dipersembahkan untuk wakil Malaysia dan kemungkinan acara itu akan berada di Sri Lanka.
"Bagi kami pihak penganjur selalu didatangi ramai orang dan harap esok pun ramai. Kita mengalukan peminat setia termasuk keluarga sebab ini masuk adalah percuma, kalau tengok pun acara ini macam karnival juga sebab pelbagai disiplin boleh disertai.
"Acara kita pun ada di laman sosial dan juga kalau perlu tanya apa apa boleh hubungi kami, tapi acara kita pada hari ini dan esok. Dialu-alukan datang pagi sebab kami tutup pukul 6 petang."