Roger Federer menamatkan cabaran Kyle Edmund untuk ke suku akhir Kejohanan Tenis Masters Indian Wells di California, Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.
Pemain kelahiran Switzerland itu, yang menyingkirkan Stanislas Wawrinka dalam tempoh kurang sejam dalam pusingan terdahulu, menumpaskan Edmund 6-1, 6-4 dalam tempoh 60 minit.
Juara lima kali Kejohanan ATP bertaraf 1000 di California itu memaparkan keyakinan tinggi selepas meraih kejuaraan ATP yang ke-100 buat dirinya di Dubai, awal bulan ini.
Walaupun Edmund cuba bangkit dalam set kedua, dia bukanlah lawan setara buat pilihan keempat kejohanan itu.
Kemenangan Federer itu -- yang ke-68 dalam Masters Indian Wells -- menyaksikan dia mara ke suku akhir dan bakal berdepan Hubert Hurkacz, yang menyingkirkan pilihan ke-24 kejohanan, Denis Shapovalov, dalam perlawanan terdahulu.
Pemenang 20 kejuaraan utama, Federer, langsung tidak berniat untuk membiarkan Edmund memperoleh penguasaan awal dengan siri pukulan kencangnya memaksa wakil Great Britain itu melakukan kesilapan untuk ketinggalan 0-2 dalam set pembukaan.
Edmund kemudian berdepan tiga 'break point' yang gagal dimanfaatkannya untuk Federer menggunakan situasi itu dengan mendahului 4-0.
Pukulan kilas yang tersasar jauh mengakibatkan Edmund tewas dalam set pertama dan kesilapan sama turut mengundang Federer mendahului 3-2 dalam set berikutnya.
Edmund turut mencuri tumpuan ketika servis di tangan Federer -- menafikan tiga 'break point' ketika ketinggalan 5-4 -- namun pukulan kilasnya yang sangkut di jaring memberikan pemain di ranking keempat dunia itu mata kemenangan.