Menjelang Kejohanan Hoki Piala Asia yang akan bermula 27 Ogos nanti -- selepas sekian lama, The Speedy Tigers, kembali menjalani latihan 'Environmental and Altitude Chamber' di Institut Sukan Negara (ISN).
Sesi latihan di dalam bilik khas yang menyamai altitud tinggi melebihi 2400 meter dari aras laut, dan juga cuaca ekstrem dengan misi beri tekanan tinggi kepada atlet ketika latihan.

Kali terakhir ia dilakukan adalah ketika zaman Roelant Oltmans menjadi ketua jurulatih negara -- kali ini latihan tersebut diperkenalkan dengan misi untuk mempertingkatkan tahap kecergasan skuad Sarjit Singh sebelum ke Rajgir, Bhihar.
Bagi penyerang negara, Syed Syafiq Syed Cholan yang pernah merasai 'Chamber Training' sebelum ini, diharap ia dapat memperbaiki prestasi skuad dalam menghadapi permainan panjang sehingga ke minit akhir.