Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan status pasukan Nilai City SC yang secara rasminya telah menarik diri daripada pertandingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 2 2025.
Surat rasmi penarikan diri itu telah diterima FAM, pagi tadi yang mana Nilai City SC membuat keputusan tersebut selepas mengambil kira isu perlanggaran kontrak oleh beberapa pemain utama yang gagal menghadirkan diri ke sesi latihan dan perlawanan.
Dengan penarikan diri itu, semua keputusan tujuh perlawanan membabitkan Nilai City SC sebelum ini adalah dibatalkan - seri 2-2 dengan ATM, menang 4-3 ke atas PJ Champz FC, kalah 6-2 kepada Negeri Sembilan United FC, menang 3-1 ke atas Canaan FC, kalah 2-1 kepada PFA Odin Sarawak, kalah 5-0 kepada Pulau Pinang dan kalah 4-0 kepada Kelantan FT.
Sementara perlawanan seterusnya seperti yang dijadualkan bagi mereka pada minggu ini iaitu menentang USMKK FC pada jam 4:00 petang ini dan bertemu Kuala Lumpur 2 pada jam 4:00 petang esok turut dibatalkan terus.
Nilai City SC juga boleh dikenakan tindakan lain termasuk hukuman denda dan penggantungan, bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM serta Jawatankuasa Tatatertib FAM.
Carta kedudukan terkini MPFL Divisyen 2 2025 selepas mengambil kira semua keputusan perlawanan membabitkan Nilai City SC yang telah dibatalkan akan dikemas kini selepas berakhirnya kesemua perlawanan pada Hari Perlawanan 9, hari ini.