Beberapa penalti yang dikenakan menyaksikan kedudukan petak permulaan bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Itali di Litar Monza malam ini berubah keseluruhannya.
Pendahulu kategori pemandu, Max Verstappen, yang menamatkan sesi pusingan kelayakan semalam selaku pemandu kedua terpantas, dikenakan penalti lima petak permulaan selepas memilih untuk menukar bahagian internal combustion engine (ICE) di jenteranya buat kali kelima musim ini.
Rakan sepasukannya di Red Bull, Sergio Perez, yang sepatutnya bermula di petak keempat, turut dikenakan penalti 10 petak perlumbaan kerana menukar ICE buat kali keempat.
Terdapat juga pemandu yang dikenakan penalti 15 petak, iaitu Valteri Bottas daripada Alfa Romeo selain gandingan Haas, Kevin Magnussen dan Mick Schumacher.
Di sebalik hukuman berat itu, ketiga-tiga pemandu berkenaan masih akan bermula di depan Carlos Sainz, Lewis Hamilton dan Yuki Tsunoda, yang akan bermula di petak belakang berikutan penalti enjin.
Pemandu Mercedes, George Russel, dan gandingan McLaren, Lando Norris dan Daniel Ricciardo, mendapat manfaat daripada perubahan itu, di mana mereka akan memulakan perlumbaan di belakang bintang Ferarri, Charles Leclerc, yang akan bermula di petak paling depan.

Who wants to see a starting grid? Anyone? ?
— Formula 1 (@F1) September 10, 2022
How we're lining up for Sunday's race at Monza ?#ItalianGP #F1 pic.twitter.com/7AZ7xDhoRS