Skip to main content

Advertisement

Permotoran

F1 tawarkan bonus pusingan terpantas

f1.jpg
Markah bonus akan diberikan untuk catatan pusingan terpantas sempena musim baru Formula Satu (F1).

Langkah itu diumumkan semalam dengan satu markah tambahan akan diberikan buat gelaran pemandu dan pengeluar, dengan syarat pemandu tersebut perlu menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik.

Suruhanjaya F1 meluluskan cadangan itu dan ia disahkan oleh Majlis Sukan Motor Dunia.

Pengenalan markah bonus itu akan berkuatkuasa dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Australia di Melbourne, hujung minggu ini, yang menyaksikan Lewis Hamilton bakal memulakan kempen mempertahankan gelarannya.

Bekas rakan sepasukannya di Mercedes, Valtteri Bottas, memenangi Anugerah Pusingan Terpantas musim lalu selepas tujuh kali melakar kejayaan tersebut.

 

Advertisement

Must Watch Video