Skip to main content

Advertisement

Permotoran

F1: Red Bull Racing dihukum langgar had kewangan

red-bull.jpg
Red Bull didenda $7 juta (RM33.06j) selain dana penyelidikan aerodinamik turut ditolak 10 peratus kerana melanggar peraturan had bajet Formula Satu (F1).

Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) mendedahkan bahawa Red Bull bersalah kerana membelanjakan lebih £1.86j (RM10.20j) daripada yang dibenarkan pada musim lalu apabila Max Verstappen memenangi gelaran dunia pertamanya.

Badan induk dunia itu pada awal pagi tadi mengesahkan sekatan yang dikenakan ke atas pasukan Red Bull Racing. 

FIA juga mengambil kira bahawa Red Bull Racing telah memberikan kerjasama sepanjang proses semakan pertama di bawah Peraturan Kewangan F1 itu. 

Satu kenyataan FIA berkata: "Berikutan penyerahan semua dokumentasi yang diperlukan oleh semua 10 pasukan F1, Pentadbiran Had Kos menjalankan proses semakan yang pertama di bawah Peraturan Kewangan Kejohanan Dunia F1 FIA.

 

"Peraturan Kewangan baru ini adalah satu set peraturan yang sangat kompleks yang perlu disesuaikan oleh pasukan buat julung kalinya. 

"Red Bull Racing telah didapati melanggar Peraturan Kewangan yang ditetapkan."




 

Advertisement

Must Watch Video