Skip to main content

Permotoran

F1: Max Verstappen bergelut dalam GP Hungary

verstappen.jpg
Max Verstappen memberikan pesaingnya sinar harapan paling tipis untuk mengatasinya dalam Grand Prix (GP) Hungary, esok, selepas dia hanya menduduki tempat ke-11 dalam sesi latihan awal pagi tadi. 

Pelumba Belanda itu yang mendominasi lapan daripada 10 pusingan setakat ini dan meraih enam kemenangan berturut-turut untuk mendahului ranking pemandu dengan 99 mata.

Begitupun, Verstappen sekadar menamatkan satu-satunya latihan kering di sini di belakang Charles Leclerc (Ferrari), Lando Norris (McLaren).


 
Lewis Hamilton pula berada di tempat ke-16 bersama rakan sepasukan Mercedes, George Russell, terperosok di petak ke-20 menjelang perlumbaan di Hungaroring malam esok. 

Hasrat F1 untuk mencuba peraturan baru membabitkan penggunaan daripada 13 kepada 11 set tayar dipercayai turut membayangi pusingan kali ini. 

 

Must Watch Video