Bagi memastikan Malaysia menyertai acara e-sukan dalam Sukan Olimpik 2024 Paris nanti, Persatuan Sukan Eletronik Malaysia (ESM) mewujudkan satu kejohanan yang berstruktur untuk mencari atlet berpotensi mengisi pasukan kebangsaan.
Majlis pelancaran pemilihan e-sukan pasukan kebangsaan 2018 itu bakal membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat bagi mencari bakat berpotensi yang mampu menggalas tugas negara dalam tiga perisian permainan video, iaitu Dota 2, Fifa 18 dan Counterstrike.
Dijangka 15000 orang peserta sukan eletronik akan mengambil bahagian di mana pemilihan akan dijalankan bermula di 14 buah negeri, beralih ke peringkat zon serta kelab yang bernaung di bawah kolej dan universiti bagi mencari juara kebangsaan.
Juara bakal mewakili negara ke pertandingan antarabangsa dan turut akan menjalani program pembangunan atlet di bawah selian Majlis Sukan Negara (MSN).
"Memang kami mahu menerapkan aspek positif sukan dalam kalangan orang muda. Ia supaya mereka tahu bahaws e-sukan ini boleh dijadikan sebagai satu kerjaya pada suatu masa nanti.
"Bermain untuk mendapatkan duit adalah salah satu daripadanya. Kita boleh tengok daripada segi pembangunan permainan ini dan daripada segi kejurulatihan. Ia semua sudah termasuk dalam sukan elektronik ini sebenarnya," kata Setiausaha Agung ESM, Rinie Ramli.
Menyedari kelainan modul latihan dalam membentuk atlet dalam sukan ini, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, memberikan jaminan bahawa atlet e-sukan yang dipilih untuk membawa imej negara perlu mengikuti tatacara tertib seperti atlet kebangsaan lain, seperti disiplin, menjalani gaya hidup sihat dan bebas daripada merokok.
"Di sini mereka (penganjur kejohanan) sudah menerapkan elemen tersebut, di mana pemain tidak dibenarkan merokok.
"Cuma, kami belum buat penyesuaian masa lagi. Itu adalah salah satu prosedur yang ditetapkan dan kalau kami adakan pusat latihan, sudah tentu pemain tidak dibenarkan terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah," kata Shapawi.