Setelah berakhirnya Liga Hoki Malaysia 2019, 2 Mac lalu, seramai 28 pemain dikenal pasti oleh ketua jurulatih kebangsaan, Roelant Oltmans, untuk menyertai kem latihan kebangsaan.
Menerusi senarai yang dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini, empat pemain muda akan menyertai kem latihan di Kuantan, Pahang dari 10 hingga 16 Mac ini.
Mohamad Akhimullah Anuar Esook, Muhammad Arif Syafie Ishak, Muhammad Noor Firdaus Rosdi dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal dipanggil menyertai kem latihan khas itu sebagai persediaan Malaysian Tigers ke Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, 23 hingga 30 Mac ini dan Siri Akhir Lelaki 2019 di Kuala Lumpur, 26 April hingga 4 Mei depan.
Dapat dilihat menerusi senarai pemain yang dipanggil, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, akan kembali menjalani latihan kebangsaan yang turut dijadikan sebagai platform bagi membentuk persefahaman terbaik antara pemain sedia ada dan wajah-wajah baru yang berjaya menarik minat Oltmans.
Sebagai persediaan untuk memastikan sasaran KHM untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah 2019 dicapai, kem latihan selama seminggu itu turut menampilkan pakar pukulan sudut penalti dunia, Taeke Taekema.
Legenda Belanda itu akan menurunkan ilmunya bagi membantu mempertajamkan lagi pukulan sudut penalti pemain negara agar penyudahan tepat di hadapan pintu gol dapat dilakukan.
Selain itu, jurulatih penjaga gol, Martin Drijver, akan turut bersama-sama membantu persiapan barisan penjaga gol negara.
Selepas kem latihan motivasi yang dijalankan berakhir, skuad negara akan ke Ipoh 18 Mac ini bagi menghadapi kejohanan antarabangsa pertama musim ini, Piala Sultan Azlan Shah 2019.